Monday, June 28, 2010

Cepatnya masa berlalu...

Assalamualaikum wbt .

Sorry baru nak update blog, Maaf la tak beri tahu semenjak dua menjak ni sibuk dengan persiapan Kahwin. Kenapa baru nak beritahu? Okey Jap! Jangan tutup tab anda, masa ni la saya nak ceritakan sebenar-benarnya. Erk! tiba-tiba saja kan? Tup-tup nak kawin dah. Glupp! Macam tak percaya je hari makin dekat. Persiapan belum lagi buat, Hehehehehe ! (Gelak jap!) okey la, yang sebenar-benarnya tak lama lagi kakak sulung saya akan melangsungkan perkahwinan dia. Saya pula yang macam tidak percaya yang kakak saya nak kahwin. Ye la, rasa baru je semalam kami main batu seremban, congkak, teng-teng sama-sama. Akhirnya dia nak kahwin. Huhuhu~

Weekend baru-baru ni kami ada jalan-jalan survey baju kahwin kakak saya ni. Ada satu tempat ni kami memang berkenan sangat dengan color baju pengantin ni. Then tanya la mengenai harga + Saiz semua, Then orang tu kata saiz untuk kakak saya tak ada. Sian dia dah berkenan sangat pada baju tu. Kakak saya ni comel sikit orangnya tapi lebih comel lagi adiknya. Hehe~ ^^ (ok! perasan!) Seriously, pertama kali uruskan hal kahwin macam ni, erk! maksud saya first time teman orang pergi cari baju kahwin, Survey harga pelamin and Kanopi semua.

Bila dah survey semua saya pula terkejut dengan harga-harga yang ditawarkan. Mak ai! sewa pakaian pengantin pun mau beribu-raban! Uwaaa! takutnya nak kahwin macam ni. tu tak masuk lagi harga pelamin semua. glup! Kalau macam ni saya kena beri tahu 'bakal suami' saya spend duit dalam 10 or 20k untuk semua ni. Heee~ pengajarannya simpan la duit dari sekarang kalau nak kahwin. Okey! =)

-----------------------------------------------------------------------------------
Isu Pengapit

Kakak kuh : Jadi pengapit akak.

Saya : Huh! Kenapa pula?

Kakak kuh : Sebab hang tinggi pun sama akak, so dah tak ada calon lain dah.

Saya : Alaaa! Orang kata belum kahwin lagi mana boleh jadi pengapit. Nanti tak kawin.

Kakak kuh : Hang jangan nak ngada-ngada.. banyak kali akak jadi pengapit kawan akak.. tgk skg akak nak kawin.

Saya : ngee ! (dalam hati mahu tidak mahu). Sponsor baju please !! :D

Kakak kuh : tu tak ade masalah, nanti ada budjet akak sponsor la.

Saya : Ehem2x! pengapit 'cik abg' tu siapa? adik laki dia ke? hehe! (uish! gatal!)

Kakak kuh : tak tau. Nanti akak tanya..

P/s : banyak isu lagi sebenarnya nanti la cerita. Hee~




8 Comments? ♥ ;):

Shila Rosli said...

byk isu yer? ahaha. sila kongsi nnt. mana tahu. lepas ni ko plak.

p/s : psst! meja vip boleh? =P

Aqila Borhan said...

shila : amboihh... =p

eMiNz said...

lor.. baca 2-3 baris pertama, ingtkn cik kyla yg nk kawen..bile baca baris seterusnya, upenye kakak cik kyla yg nk kawen..hehe. ;p
neway, sampaikn salam tahniah padanya.. ;)

El-Zaffril said...

Masa memang terasa sangat cepat berlalu... kadang2 saya terasa macam baru dilahirkan...

Aqila Borhan said...

El-Zaffril : yep btul! :D

Aqila Borhan said...

En Emin : kena ada gimik dlu. ehehe, Insya Allah... doakan yg terbaik buat dia :)

adik hitam manis said...

wah, tiba tiba terasa nak kahwin juga! *wink*

Aqila Borhan said...

Zaty : amboi! hehe, jgn lupe jemput ye :D