Sunday, December 19, 2010

Internship Part 3 - Minta Cuti


Assalamualaikum wbt bloggers,

Sambungan dari part 2, lelaki yang memaksa saya itu adalah abang yang duk promo Everyone Connects. Kenal tak Fella & Felli? Tak kenal? Bunkface? hehe mesti kenal kan? ingat tak dia menyanyi lagu Trough my window then ada sepasang patung kertas tu. Nama patung kertas tu Fella (boy) Felli (girl). ;) Eh Chop! Back to the point. Abang tu memaksa saya untuk memberi email FB adalah kerana untuk meningkatkan lagi ramai orang supaya 'Like' mereka punya site dkt FB. Itu saja. Then dapat gelang getah berwarna orange Everyone Connect. :D Ok la. Sebelum dia meminta email FB tu saya cakap la pada dia. "Saya takde FB bang, Kalau BF ada la". Then dia asyik gelak saja. =.="

--------------------------------------------------------

Kalau nak tahu report sepanjang hari praktikal saya sila la jenguk my another blog iaitu MyInternship10. Kenapa rajin sangat buat banyak blog? Haha. Itu adalah untuk penilaian bagi subject internship ini. Kalau tak buat tak ada markah. Kalau nak markah buat la kan? :D

Pemohonan untuk bercuti.

Sepanjang saya praktikal ini saya jarang meminta-minta cuti dari Boss. Disebabkan saya 'sangat segan' untuk mengadap muka Boss-Boss saya.. dan oleh kerana mereka semua adalah lelaki. Saya begitu ter-amat-lah segan untuk meminta cuti hari raya haji baru-baru ini. Memandangkan cuti Hari Raya Haji jatuh pada hari rabu bersamaan 17hb Nov. Saya teringin sangat nak cuti sampai hari Ahad. Rabu-Ahad. :(

Pada hari event itu Boss aka my supervisor pernah menanyakan soal ini. Dia tanya mengapa saya tidak cuti direct masa raya haji itu. Maka dengan terus terangnya saya berkata

"Boss... actually saya SEGAN nak minta cuti!"

Masa tu ada 3 orang staff join makan lunch. Mereka gelakkan saya. :( dan sorang staff tu sokong dengan penyataan saya.. yang dia juga segan nak meminta cuti. Haha! see... staff yang dah lama bekerja pun segan untuk meminta cuti, apa tah lagi saya student praktikal.

Nak tahu apa Boss saya kata? :D

"You tak payah la nak segan-segan dengan I.. You nak cuti.. cuti saja."

OMG! You are so sweet Boss! Tak sangka saya ada boss seperti ini. Bersyukur sangat-sangat. Maaflah saya tak pandai membodek hati boss. Kalau saya tahu dari awal tidak lah saya bekerja pada hari tersebut. Tapi memandangkan Boss dah bagi green light saya pun berterus terang lagi pada dia..

"Boss... saya nak cuti hari isnin depan dan satu lagi hari jumaat. Sebab untuk hari isnin tu saya nak rehat la. Hari Ahad tu ada kenduri kawin kakak saya. Untuk hari jumaat tu pulak saya nak ke Johor. Kenduri belah Abg Ipar saya pula."

Ini dah terlalu berterus terang! Mintak-mintak di terima! Sebab dah bagi green light tadikan.. saya pun terus terang la. =.="

Agak-agak tercapai ke pemintaan saya ni? risaunya..

Nak tahu?

Tunggu sambungan Part 4


0 Comments? ♥ ;):