Sunday, December 19, 2010

Internship Part 4 - Assignment


Assalamualaikum wbt bloggers,

Jawapan untuk permintaan saya baru-baru ini di sambut baik oleh Boss. Hanya anggukkan itu sahaja dapat menjawab segala-galanya. Alhamdulilah.. dapat approve cuti. Fuh!! Syukur sangat-sangat tau.. Hello! bukan senang nak dapat tau. Sesetengah company terlalu strict nak bagi cuti.

Assignment dari Boss

Pagi-pagi seperti biasa buka PC pejabat continue buat kerja diberi. Then pagi tu juga dapat berita yang Boss (En. Wan Iskandar) nak jumpa. Katanya ada meeting. So pegi la tempat dia.

"En. Wan nak jumpa saya?"

Masa tu dia tengah mengadap laptop dia..

"Hah! Nora.. Sila duduk" Boss bersuara. Oh ya.. Kat office mereka panggil saya Nora.. (jgn nak gelak sangat ye!) kenape? hehe. Biarlah rahsia.. :p OK! lepas tu saya duduk la depan dia macam orang tidak bersalah. Beberapa minit kemudian dia pun bersuara.

"Nora.. You lagi berapa lama praktikal? 3bln kan?"

"Nope! 2bln je boss. Beberapa minggu je lagi nak habis" Nada bersahaja

"Eh kejap je la. Ok la.. I ada perkara nak suruh You buat ni. Actually, sebelum ni I ada jaga student praktikal tau. Seperti biasa I bagi dorang satu assignment. I tak tau nak kata apa assignment ke.. Project ke.. tapi benda ni You kena present dekat I tau nanti."

"Oh okey.. tapi Boss nak suruh saya buat apa?" Alamak! ada kerja.. Please Boss.. jangan nak suruh saya buat macam-macam.

"I bagi You satu product, You present je dekat I. The product is OIAB - Office In A Box. Product ni baru je launch tahun ni. So I nak you present OIAB Basic sahaja yang Plus tu tak payah. Untuk product ni I nak you buat analysis sekali mengenai hasil penjualan. It's up to you bulan berapa You nak buat. Then I nak tahu lagi dekat mana OIAB banyak jual dan kurang di jual. Lagi satu I nak tahu sebab apa dekat tempat tu banyak dijual dan kurang. You boleh tanya staff-staff lain and your supervisor."

Ya Allah!! Panjang berjela dia terangkan. Mampu ke aku buat nih? Berserah saja la. Eh tak habis lagi dia terangkan tu.. dia pun sambung dengan ayat ini..

"I nak You present dekat I 17 Disember. Ok?" Sudah terang lagi nyata! Haha. Kena la buat assignment ni. Tak buat kena marah pula.

"Ok Boss.. InsyaAllah. I can do it! So ada apa-apa lagi Boss?" Ayat nak skema kan.. Haha. Benda tak buat lagi nak minta lagi. Adoi!

"Enough.. You nak lagi ke? I boleh je bagi. Tapi kesian pulak kat You kan." Elele.. How Sweet my Boss kan.. Hehe! :p

"Eh takde la Boss.. yang ni pun dah cukup" Hahaha! dalam hati berkata boleh tak saya tak nak buat assignment ni.. Opss! :p

Memandangkan Boss dah kasi assignment jadi kena la buat. Saya sangat menantikan saat-saat habis praktikal dengan jayanya. Dengan pantas saya mencari bahan mengenai assignment itu. Alhamdulilah analysis itu saya dapat dari staff. Jadi 17hb hari tu saya pun present la depan dia..

Nak tahu apa dia kata? ;((

Sambung lagi di Part 5.




4 Comments? ♥ ;):

taqO said...

salam cik nora. ahaks~
gelak guling2 nih. :)

Cik Kyla said...

En Ewa... jgn la nk gelak sgt ye. :p

adik hitam manis said...

cik nora??? hehehe. ayu dan sopan namamu itu. hehe :)

Cik Kyla said...

Cik Zaty : haha.. mmg ayu kan? I like.. :p