Monday, December 20, 2010

Internship Part 5 - Site Visit


Assalamualaikum wbt bloggers,

Sambungan dari Part 4. So ini adalah comment dari boss :


"You present dah terbaik dah, gaya you dah betul cuma I nak bagi idea sedikit macam mana nak present cara betul. 1stly bila you present nanti bila dah balik belajar, If ada point yang pendengar kurang paham you just terangkan je mengikut bahasa yang mudah faham. Sebagai contoh e-storage 1 GB tadi. Itu sudah memadai you cakap ia sebagai Tumbdrive. Tengok slide analysis tu td. Okey I like your present pasal analysis ni. memang betul cara you present. Very Excellent! Cuma... Elakkan guna perkataan 'dia dan macam,' bahasa-bahasa seperti itu cuba elakkan. Nanti pendengar tidak faham siapa 'dia' tu? 'macam... macam'? benda tu bukan macam-macam.. dah memang macam tu."

Hahaha! amek kau! dah kena comment 'sejibik'! hehe. Oh okey... I take it as a advice and knowledge. Thanks Boss. 1st time present dekat company. Darah gemuruh itu tak pernah hilang. Hehe..

-----------------------------------------

Site Visit - My lecturer's Coming!

Saya diberi tahu yang student praktikal sudah boleh download dkt web senarai nama lecturer masing-masing. Oleh yang demikian, nama lecturer itu sudah pun saya lihat. Alhamdulilah lecturer itu saya kenal. Dia mengajar saya subject Database untuk Degree ni dan diwaktu Diploma dia mengajar subject Programming. Setelah itu, terus saya hubungi lecturer tersebut.. katanya dia akan datang melawat saya dalam seminggu sebelum habis praktikal.

Setelah yang dijanjikan. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.. Persiapan saya? tiada persiapan.. just remind dekat supervisor saya dan mengatakan lecturer tersebut nak datang. Supervisor dah set date itu dan dia pun kata Okey..

Saya juga diberitahu bahawa penilaian pada hari itu mengikut kehendak lecturer. Ada berita yang mengatakan kena buat slide untuk present depan lecturer. Sebelum mendengar kata-kata orang lain, lebih baik dengar kata lecturer saya. Dia hanya mahu datang tengok apa saya buat sahaja.. dan berjumpa dengan supervisor saya.

Pada hari berkenaan, ketibaan lecturers saya disambut mesra oleh saya. Ingat sorang saja rupanya berdua. Hati saya jadi tidak tenteram kerana supervisor saya tiada di tempatnya. Alahaii! kemana pula dia ni pergi. Oleh yang demikian. Memandangkan Boss saya ada 4 orang tak termasuk GM. Saya pun mengunakan mereka sebaiknya. Saya terus ke meja En. Wan Iskandar. Alhamdulilah En. Wan masa tu free. Dia meminta lecturer terus ke meja dia.

Saya duduk sebelah Boss dan lecturers saya tu duduk mengadap Boss.. Pertanyaan telah pun bermula..

"So macam mana dia dekat sini? okey ke?" Pertanyaan dari lecturer saya

"So far dia okey. The good is dia banyak bertanya. Actually we are in sales operation department memang mementingkan communication. Dekat sini kita banyak deal dengan customer & agent. So far setakat ni I tengok dia okey la dengan agen dan customer smua." Lagak Boss yang bersahaja.

"Setakat ni dia ada pernah cuti sakit ke? MC ke?" Pertanyaan dari lecturer saya

Alamak!! pertanyaan ini... =.=" boss please jawab dengan jujur.

"MC buat masa ni tak ada.. kalau betul-betul public holiday tu memang ada. Actually I tak bagi student praktikal I cuti sewenang-wenangnya. Nanti menjejaskan performance dia."

Mak aii! nampak garang masa ni. Lalu pertanyaan dari lecturer lagi.

"TM tidak menyediakan sebarang alaun ye untuk student praktikal"

Perghh Superb! Puan!! :D memang nak tanya dari dulu. Tapi tak kesampaian. hehe!

"I pun tak sure kenapa dorang tak provide alaun untuk student praktikal.. Yang pasti mereka tidak diberi sebarang alaun untuk praktikal ni. I pun bukan dari TM, I kerja luar then terus dapat naik pangkat dekat TM."

Blaaa. Blaaa. Blaaa.

Banyak yang dorang bualkan sampai saya duduk ditepi pun dorang tak perasan langsung. Saya pulak banyak diam ketika itu. Serious tau! Kemudian saya kena hantar lecturer saya balik. Sebelum balik tu dia nak ke level 32 untuk menilai student lain pula. Jadi dia kena naik lift sampai tingkat 18 then tukar lift terus ke tingkat 32. Just teman dia ke level atas sahaja.

Setelah naik lift tu ada satu kejadian telah berlaku..

Seperti biasa. :D Tunggu sambungan part 6


0 Comments? ♥ ;):