Thursday, December 30, 2010

Segmen Jom Berkenalan

Assalamualaikum wbt bloggers,

Saya ada jalan-jalan ke blog Loqman Hakim. Lalu terbaca satu entri mengenai Segmen jom berkenalan ni. Teruja pula nak jawab soalan yang dia utarakan. So... saya cuba untuk menjawab soalan Encik Loqman Hakim ni. :)


Soalan pertama :
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)

Saya masih single. Maaf, belum masanya untuk saya berpacaran. Mungkin atas faktor belajar. Mentaliti saya berbeza dengan orang lain. Ia akan mengganggu focus untuk saya belajar kalau saya berpacaran. :P

Soalan kedua :
-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Okey la. Saya masih belajar.. Saya menyambung study di peringkat degree di salah sebuah kolej swasta iaitu KPTM (Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur) Saya mengambil jurusan Bachelor Science (Hons) in Business Information Technology with Accounting. 3+1 Collaborate with Coventry University, UK. Proses pembelajaran selama 2tahun (InsyaAllah) Doakan saya ya! :)

Soalan ketiga :
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)

Blog saya hanya blog biasa, pengunjung pun tidak la ramai mana. Mungkin saya dalam proses untuk menulis dengan lebih baik lepas ini. Senior-senior sila beri tunjuk ajar. Hehehe!

Soalan keempat :
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Pada pandangan saya, dunia blog sememang menjadi trend dan platform untuk orang ramai khususnya remaja dan juga peringkat dewasa untuk buat luahan perasaan, dan juga blog kini menjadi platform untuk berbusiness. Kemudahan technology sekarang sememangnya mudah untuk kita berurus niaga di dalam blog. Sebagai contoh : Online Shopping. Ramai menggunakan blog sebagai medium untuk mereka mempromosi produk mereka sendiri.. Selalunya macam tu la. :DD

Soalan Kelima :
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.

Nasihat saya, rajin-rajin la update dan bijak menggunakan ayat yang mudah untuk pembaca faham. Itu sahaja. :)

Soalan Keenam :
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

Unik? saya belum rasa yang blog saya ini ada keunikannya sendiri. Saya tidak pandai menilai sejauh mana keunikan blog saya. Saya rasa para pembaca boleh menilainya sendiri. Maaf saya tidak menjawab soalan Encik dengan tepat. :(

Soalan Ketujuh :
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Sampai saya tidak bosan untuk menulis. Hehe!
Impian saya.. Saya harap para pembaca suka dengan blog saya. Menulis blog memang kena datang dari hati. Apa yang saya boleh katakan... Berblog ini kena ada cara untuk menarik pembaca untuk suka blog kita. Saya ingat nak buat domain sendiri. Dot Com. Ecehh~ Itu kalau saya dah mula suka + cinta dalam dunia blog. Buat masa ini biar seperti ini dulu...

Layaaannn~

Soalan seterusnya Encik Loqman meminta untuk saya tag 4 orang rakan blogger yang lain.
2nd : Adik Alia
3rd : Adik Aida
4th : One-Nie

Tarikh Tutup Untuk Menjawab Soalan ini 3 Januari, katanya.... :D

P/s : SELAMAT BERKENALAN! :D


9 Comments? ♥ ;):

Yuyu Zulaikha said...

heheheh.. kyla.. Tahniah!...
ur turn.. Abang Ben suke blog awak pula ^^

<3

Aqila Borhan said...

@Yuyu : Salam, tq! tak expect Abg Ben post psl blog sy.. thanks sgt2. :)

Amni said...

selamat berkenalan jugak... hihihi......

Aqila Borhan said...

@Amni : selamat berkenalan. :DD

yeyey! ade kwn br! :)

Burungman said...

hai! gue dari indon! mat kenalan ya! hehehehe

amacam bleh jd org indon tak? kehkeh

Aqila Borhan said...

@Nordin : hahaaha! slmt berkenalan. :)

Cikgu Akim said...

wah sukanya baca kisah cik kyla..semoga berjaya capai cita2..salam perkenalan dri saya~

SyedMuzzamir said...

hi kyla =D

Aqila Borhan said...

@ Cikgu Akim : terima kasih cikgu! :)
selamat berkenalan.. doakan saya ye.

@Syedmuzzamir : haii.. assalamualaikum! :)