Saturday, February 5, 2011

Dapat 'instinct' time main.. kenapa tidak waktu exam?


Assalamualaikum wbt bloggers,

Mungkin ada segelintir orang sahaja yang mempunyai instinct atau lebih mesra orang jawa kata naluri. Dan ada pepatah mengatakan "naluri seorang ibu itu kuat". Oh saya bukan seorang ibu lagi. Patut la kadang-kadang dia datang dan pergi dan kadang-kadang kurang tepat. [gelak] Okey merujuk kepada title entri diatas. Yep! semestinya itu saya pernah alami. Okey nanti saya story apa instinct saya dapat.

Storynya, ia sering kali berlaku apabila saya tidak meminta. Ini the latest story masa praktikal di Menara TM dulu. Saya bersama rakan praktikal dari MMC (Multimedia College) sedang menanti lift. Kalau kamu semua nak tahu lift di Menara TM terlalu banyak. Kalau di setiap floor ada 6 buah lift. Okey sambung cerita.. di saat menanti lift budak praktikal dari MMC meminta saya untuk meneka antara 6 lift itu yang mana akan tiba untuk menggambil kami untuk turun kebawah.

Cabaran sungguh.. dalam 6 buah lift itu sesungguhnya memang sukar untuk mengenal pasti mana akan tiba dulu. Selalu kalau lift di tempat lain ada tunjuk nombor, kalau di Menara TM ni tak ada pun. Saya cuba untuk mencari lift yang akan tiba dan seterusnya berdiri di depan lift itu. Tidak lama selepas itu lampu lift akan menyala di floor itu.

Alangkah terkejutnya lampu lift itu berada di tempat saya. [senyum]

Sesi permainan ini akan berterusan apabila kami akan menunggu lift di waktu lunch dan balik.
Seperti biasa Alhamdulilah... tekaan saya itu tepat... dan sesungguhnya saya merindui akan permainan itu. [sedih]

Story kedua pula,

Pada suatu hari, saya bersama kawan di waktu Diploma dulu pergi ke Kolej atas urusan Sijil Konvo. Kami merancang selesai urusan kami mahu menonton wayang. Lagi-lagi cerita kegemaran dah keluar di panggung iaitu Harry Portter.

Urusan kami mengenai Sijil Konvo itu belum juga selesai sampai ke tengah hari.. pihak kolej meminta kami untuk mengisi jawapan-jawapan yang di kemukakan dalam satu website. Bukan satu soalan banyak pula. System dah la problem waktu itu. Setelah selesai menjawab dan print out statement.. Kami terus ke bahagian yang menguruskan Sijil itu tetapi pada jam 1 petang waktu itu lunch hour dan pejabat semua tutup, kami pun bergerak la ke Times Square dahulu untuk menonton wayang.

Wayang start lebih kurang 2.30 dan habis sahaja wayang kami terus bergerak ke kolej semua. Pada waktu itu kawan saya ini mahu terus bergerak pulang ke Johor. Saya pula mahu pulang ke Shah Alam. Kami masing-masing malas nak balik ke Kolej semua. Ye la.. naik train je pun.. Jam waktu itu dan pukul 5 petang.

Cuba bayangkan kalau pejabat itu tutup kalau kami tiba nanti? tidak kah membazir kalau kami menapak kesana? dan tidak kah menyesal kalau kami terus sahaja niat untuk ke destinasi sepatutnya?

Jangan cepat sangat mengalah! dan saya cuba untuk menjawab segala kekusutan tersebut. Kami terus membeli tiket ke stesen ke kolej itu. Dan kawan saya ini dah cepat sangat mengalah, dia kata macam mana kalau pejabat itu tutup.

[gelak] Saya merasakan pejabat itu belum tutup. Kami buat larian marathon ke kolej dan tekaan saya tepat mengatakan pejabat itu belum tutup. Jam hampir kepada 5.30 petang. Alhamdulilah kami sempat untuk mengambil Sijil Konvo itu.. sebelum pulang kami menunaikan solat Asar dahulu.. Alhamdulilah Allah mempermudahkan segala urusan kami.

Last story for today...

Pada suatu hari, saya terlibat dalam camping bersama fesilitator.

Iklan sebentar : Baca entri ini kalau sudi [Facilitator wannabe]

Saat menanti ranger datang untuk pickup kami.. saya dan fesi lain duduk di satu tempat. Senior datang dan borak bersama kami. Senior tersebut membuka satu pertanyaan...

Senior : cuba korang teka umur aku berapa?

[gelak] tanya umur pulak. Okey la, sesungguhnya saya tidak kenal senior tersebut. Hanya pernah berjumpa masa sesi interview menjadi seorang fesi sahaja.

Saya : meh saya teka, umur abang 23 kan?

Semua mata tertumpu kearah saya, dan saya menanti satu jawapan yang belum pasti..

Senior : fuh! mana kau tahu? okey cuba teka umur abang sebelah ni pula?

Aisyeh! dah satu pertanyaan selesai, ada pertanyaan lagi?

Saya : Saya nampak abang sebelah ni macam 'tua' sikit.. Heheheh.. gurau je, umur abang sama dengan abang ni. betul tak?

Senior : Perghhhhh!! bagus ah kau.. pandai kau teka..

Sesi pertanyaan berterusan apabila senior meminta saya untuk meneka waktu ranger itu datang. Makin mencabar pertanyaan dia. Dan sesungguhnya jawapan saya hampir tepat dan boleh lagi di terima oleh senior dan ketika itu saya digelar 'budak instinct kuat' (pada waktu camp itu sahaja)

Saya hanya meneka sahaja dan tidak semua akan tepat..


Bila cerita pasal instinct ini, Saya teringin sangat apabila ia datang pada waktu exam. [gelak]
Kan bagus kalau waktu exam itu saya jawab semua betul.

"Kau tak bersyukur ke kyla?"

Ya Allah! Sesungguhnya saya bersyukur!

Anugerah yang diberi Allah kita kena terima.. Alhamdulilah..

Mungkin awak semua ada cerita menarik yang ingin dikongsi? :)


25 Comments? ♥ ;):

mel said...

instnc kuat.
kalau dlm exam gini, mmg best. =)

Aqila Borhan said...

mel : hehe. ye! :)

One-Nie said...

hahaha... aku teringat yg kat camp tuh.
kene duga ko dgn ukie n abg amir.
hehehe...

:)

instinct kuat wohh!

Aqila Borhan said...

One-Nie : haha.. ye la time tu ko duk sebelah aku kan? kehkehkeh! :p

al_hakim said...

tu la pasal kan..time exam tak nak pulak dtg..huu..

Aqila Borhan said...

al_hakim : kena usaha sendiri la nmpknya. :)

syakirahmn said...

exam bulat bulat mmg perlu sgt firasat mcm ni.

;D

Aqila Borhan said...

syakey : ohh ni msti soalan objective ni. haha. nice~ :P

IMANSHAH said...

jawa cakap naluri ke..kelantan cakap perut pedal..hehe

Aqila Borhan said...

Imanshah : oh ye ke? sy tahu sikit je bhasa klntn ni :D

Unknown said...

muehe cube teka umur aku laks..

Aqila Borhan said...

jiji yu : kahkahkah! saje nak test nih.. =.="

Unknown said...

muahaha..salah kot..aku baru 23..ehhe

Aqila Borhan said...

Jiji yu : instinct aku x tepat la hr ni.. haha :p ceh! time jgk ko nak duga.

Amir Syahir said...

keh2..betul2..

Aqila Borhan said...

hiro : ape yg btul? hehe.. =p

DrSam said...

anugerah sixt sense yang bagus. Jangan sampai pembeli nombor ekor minta tolong sudah... :)

Aqila Borhan said...

Dr Sam : tak semua betul pun Dr. :) dia dtg time main2. hehe

ahmad endo said...

instinct aku paling power ialah time main gem2 strategy.hehehe...

Aqila Borhan said...

ahmad endo : hehe.. bgus2.. :p

nazirulhazwan~ said...

time exam instict mesti salah kan. hahaha pelik betol.haih

jadi, kesimpulannyam jgn jawab ape yang u rase betol, jawab lain;p

err, ape aku merepek ni

Aqila Borhan said...

nazirulhazwan : instinct tu suruh kita usaha sendiri :p

Bunga said...

haaa..leh ke cam 2..

Farhan Zulhusmi said...

instict erk???
rezekikan instict tu....
naluri nie kadang2nya tetap kadang2 nya x....kan??hehee
kalau sy biasanya x...hehe

MiEy said...

agak2nya kan bila akak leh ada baby yeak..ekekek