Tuesday, March 8, 2011

Kenali diri kita: Jauhi diri dari sifat Ujub.


Assalamualaikum wbt bloggers,

Saya ingin berkongsi beberapa perkara mengenai sifat ujub ini, Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT, untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

DIFINISI

Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub bila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub bila sedekahnya lebih banyak dari orang lain. Mudahkan cerita, bisikan yang terlintas dihati berbunyi seperti "uisshh... aku sujud lebih lama daripada dia" atau "Ehh.. aku solat sunat lebih banyak dari dia"

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikt sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden :



1. BLOG & "FOLLOWERS"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasakan diri hebat apabila ramai peminat atau "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk merasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok melihat JUMLAH "FOLLOWER" YANG BANYAK?


2. "LIKE" DI FACEBOOK

Post "status" di laman sosial Facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas!! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai berasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. KOMEN DI FACEBOOK

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakanbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir dilubuk hati.

4. KOMEN GAMBAR DI FACEBOOK

Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang KACAK dan perempuan yang CUN sahaja. Apabila CUN atau KACAK, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

5. RAMAINYA KAWAN ATAU PEMINAT DI FACEBOOK

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di Facebook juga membolehkan perasaan ujub timbul. Itu baru kawan,apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perassan ujub akan muncul. HATI-HATILAH!

6. BERDAKWAH DI FACEBOOK

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadikan kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. AWAS!! wahai da'ie!! Jadi, berhati-hatilah dengan hati wahai teman! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izinNya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian kepada Allah.

Semoga kita dijauhi sifat ini.. Amin...

JAZAKALLAHU KHAIRAN..

Credit to : ILuvIslam


5 Comments? ♥ ;):

Anonymous said...

menarik ! harap2 dijauhkan dari sifat itu ~ ^^

Aqila Borhan said...

InsyaAllah Meera, mudah2an ya :)

taqO said...

Hm! amat berguna peringatan nih.
taqwa.. baik baik taqwa. :)
thx share~ :)

scya lollita said...

nauuzubillah .
smoge dilindungi .

Aqila Borhan said...

En Ewa : baik2 ye :)

Scya : mudah2an.. Amin..