Monday, March 14, 2011

Nak salahkan siapa dalam hal ini?


Assalamualaikum wbt bloggers,

Seorang pelanggan datang ke suatu gerai, lalu dia membeli nasi lemak dengan harga RM0.50. Memang murah harga nasi lemak itu.. tetapi ada satu kes yang tak dapat saya bayangkan apabila pelanggan itu bangun ke arah kaunter dan complain satu masalah kepada Peniaga..

Pertanyaan itu dalam loghat kelantan

Pelanggan : "Abe... bakpo nasi lemok ni ado lalak?" (Abang, kenapa nasi lemak ni ada lalat?)
Peniaga : " Hoo la... nasi lemok 50 sen tokkei nok taruk Aye..." (ye la.. nasi lemak 50sen takkan nak taruk ayam)

Nak tergelak saya dengan lawak yang diberikan.. Ok sebenarnya saya tiada dalam situasi ini.. saja mahu share. Hendak diceritakan dalam hal ini adalah mentaliti sesetengah orang mengenai kebersihan di sesetengah gerai murah ni.

Saya nak tanya, kamu kalau makan di gerai murah tu confirm ke makanan dia bersih?.

Kalau saya, saya lihat kepada owner gerai itu dan cara pelayan serve makanan untuk pelanggan. Kalau dalam business, ia mengikut prinsip 'Customer Always Right'. Ya ada betulnya.. tapi kalau kamu demand sangat baik makan di restaurant 5 bintang. Tak perlu makan di gerai-gerai murah ni.

Sesetengah orang mereka tidak suka makan di gerai especially di tepi jalan kerana dikuatiri tidak bersih. Masalah ini kita sendiri yang tanggung, kalau rasa was-was jangan makan ye. Baik duduk rumah masak sendiri confirm lagi bersih.

Lagi satu kes mengenai straw minuman yang digunakan itu mereka recycle balik.

Kamu percaya tak straw itu mereka recycle balik?

Wallahualam....

Sesetengah gerai mereka memang gunakan balik... tapi... mereka akan potong di kedua-dua bahagian hujung straw yang telah pelanggan guna. Lalu mereka akan basuh straw itu.

Mesti ramai kata 'Yewww! pengotornya...' mesti dah ramai tak nak makan dekat gerai tepi jalan dah lepas ni... Saya bukan nak sabotaj mana-mana gerai di Malaysia ni.. Ini hanya luahan yang saya tahu dan saya mahu berkongsi dengan pembaca. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang buat tak tahu. Itu terpulang kepada pembaca mahu menilai.

Maka, pesanan saya disini... kalau HATI kita rasa was-was... saya sarankan JANGAN makan...

Mengenai logo HALAL di sesuatu gerai atau restaurant.. dulu saya pernah bercerita.. Klik sini kalau ingin membaca lebih terperinci.


7 Comments? ♥ ;):

Aida Borhan said...

Hola, nasik lemok 50sen tokkei nok letok aye. Kito letok lalak jaaaah. HAHA! *Man*
;)

Aqila Borhan said...

ni ada penambahan..
mugo nasi 50sen letok lalak sedak sikit...

(tangan ke bahu mata ke atas)

=.="

Qamaruls said...

haha tapi aku suke lepak warung..
terbaik laaa. angin sepoi2..
minum kat cawan or gelas cuci nak taknak jer..
ha3.. terbaikkk laaa..

mkn kat pinggan berhabuk,, lap pakai kain jer.. kain ntah cuci tak..haha

Aqila Borhan said...

tu yg best tu mkn kt warung ye? huhu.. bkn apa.. risau satu benda je.. takut keracunan makanan.

Bunga said...

hahahah.lau bunga sampai bila dah xmakan kot kat kedai tu..

SYAFIQAHSALEH said...

err..suka je nie lepak warung :)
tapikan tapikan depends dgn persekitaran gak lah..

SYAFIQAHSALEH said...

err..suka je nie lepak warung :)
tapikan tapikan depends dgn persekitaran gak lah..