Sunday, April 3, 2011

Kenapa mesti kita BERSAHABAT?


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Kenapa mesti kita bersahabat?


1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jika kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

P/s : masa dan kawan-kawan tak dapat dipisahkan cuma ia berubah mengikut keadaan. Masa kita senang, ramailah kawan dan masa kita susah, susah juga untuk kawan-kawan nk berkawan. Di akhir zaman memang susah untuk kita mencari sahabat yang sejati, yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH.


6 Comments? ♥ ;):

Bunga said...

sahabat itu penting..dan carilah sahabat yang leh membantu kita n kita membantu dia..

taqO said...

hm. betul tu.
semua point tepat belaka.
mcm mane hebat pon seseorang tuh.
pasti ingin punya SAHABAT. :)

Aqila Borhan said...

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh MENCARI sahabat.. dan orang yang lebih lemah dari Itu adalah orang yang MENSIA-SIAKAN sahabat yang telah dicari.. ^^

.Cik Nana. said...

Friends are forever~ (:

tea-kah said...

hai sahabat

scya lollita said...

ukhuwah fillah kan salah satu cara untuk mencapai halawatul iman (: