Friday, April 29, 2011

Kisah RM 3


Assalamualaikum wbt bloggers and readers,

Pada pagi tu saya tiada kuliah, tetapi seperti biasa rutin harian saya akan ke kolej pada tiap pagi jam 9. Janji dengan kawan untuk buat assignment pada pagi tu. Permulaan hari saya apabila saya keluar dari rumah sewa lalu menanti teksi kolej untuk mengambil saya di bawah rumah sewa.

Pada mulanya saya ingat teksi tak datang di area rumah sewa saya.. selalunya kalau teksi tak ada saya akan menapak terus ke kolej.... daripada menunggu lebih baik saya berjalan. Ada orang kata bahaya kalau keluar berjalan seorang dekat area situ sebab baru-baru ni ada kes ragut. dengan mengamalkan bacaan surah kursi. InsyaAllah tiada apa berlaku. Dalam perjalanan... saya terjumpa duit berteraburan di atas jalan raya.

Gambar dari Uncle Google

Sekeping duit 5 ringgit dan seringgit.

Dalam hati berkata, "Nak ambil ke tak eh?"

Ni tak suka ni jumpa barang-barang penting atas jalan raya...

Then saya buat tak tahu pasal duit tu. Sebab itu bukan duit saya..

Gambar dari Uncle Google

Lalu, teksi kolej pun berhenti tepi saya.. selepas membuka pintu tu saya berkata pada pemandu teksi tu.. "Saya jumpa duit dekat jalan depan tu..."

Teksi tu pun berkata "Mana dik? kenapa ko tak amik?"

"Bukan duit saya... saya tak ambil la"

"Memang bukan duit ko.. tapi tu kan rezeki.. ambil la"

Lalu dia memberhentikan teksinya ke arah duit yang saya jumpa tadi.... dia meminta saya untuk kutip duit tersebut dan saya pun lakukannya.

"Ko ni dik.. ni baru 6 ringgit. Kalau kau jumpa seratus? tak ke menggigil tangan ko?"

Erk! saya hanya membatukan diri dan masih memegang duit tersebut.

Lagi sekali dia bersuara, "Memandangkan duit tu ko dah jumpa, dan aku pun jumpa... kita bahagi sama rata.. ko 3 ringgit aku 3 ringgit"

Apakah!? saya memang tak suka la kejadian ni...

Terpaksa la saya bagi duit tu kepada dia..

Sudah pastinya saya tidak akan mennggunakan duit tersebut.. Lalu saya pun bercerita hal ini kepada kawan-kawan saya... mereka semua gelak. dan atas nasihat mereka juga mereka meminta saya untuk mendermakan duit tersebut ke tabung masjid atau surau...

Paling kelakar sekali, selalunya kalau saya naik teksi kolej, Teksi ni akan singgah ke hostel untuk ambil pelajar.. saya pun bertanya pada pemandu teksi tu.

"Eh, tak singgah hostel dulu ke?"

Ini jawapan yang saya dapat..

"Ye tak ye.. ni sebab duit aku tak singgah dik..."

Setelah saya muhasabah diri saya.. Mungkin ada hikmah dibalik kejadian ini..

P/s : Hidup kita ni hendak mencari keberkatan dariNya


4 Comments? ♥ ;):

zarith said...

laju je pakcik teksi tu ha. hahaha

Aqila Borhan said...

kita tak tau la nape jd cm ni. =.="
macam menyesal plk bgtau. :(

.Cik Nana. said...

kurang hasam pakcik teksi! haha..

Aqila Borhan said...

nak wt cm mne nana... =.="