Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban.


Asslamualaikum wbt,

Malam Nisfu Syaaban pada hari Sabtu tanggal 16 Julai 2011 Malam Minggu bermula terbenamnya matahari.. Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yang dikabulkan doa. Pendapat Imam Asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Dari Abi Hurairah ra dri Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Telah datang Jibril pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,Ya Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata baginda (Nabi Muhammad SAW) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat."

P/s : Banyakkan ibadat kita pada malam ni, Moga doa kita dimakbulkan ALLAH.. Amin...


1 Comments? ♥ ;):