Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul


Asalamualaikum wbt bloggers,

Berpesan-pesan kepada kebaikan. Ambil yang baik, yang buruk hindarkan. Kitalah yang membuat pilihan sama ada mahu mengutip mutiara yang ada di mana-mana. Tepuk dada, tanya hati [Senyum]



Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

Maka makin banyak salawat yang kita berikan kepada Nabi Muhammad SAW, baik ketika kita memperingati Rasullulah maka makin banyak ketaatan dan cinta kita kepada Allah SWT.

Keutamaan Selawat :

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

Credit to : Berita harian


4 Comments? ♥ ;):

annaitazzi said...

Assalammualaikum,

kyla..aku nak copy paste bole? ;)

DrSam said...

ASM. Satu peringatan yang baik. Marilah kita sama-sama memperbanyakan selawat ke atas junjungan besar kita Baginda Rasulullah semoga kita semua mendapat keberkatan.

taqO said...

salam maulidur rasul. :)

Aqila Borhan said...

Ana : Waakaikumusalam ana, boleh saja :)

DrSam : InsyaAllah... sama-sama kita.. :)

En Ewa : salam maulidur Rasul jua :)